Sejarah Silat Lintau PPSSLM

Melayu tak hilang di dunia

Kekeliruan Sejarah Silat Lintau

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Februari 22, 2011

SEJARAH SILAT LINTAU 1 (FAKTA ATAU FANTASI?)
Sumber: http://lintauartstudio.blogspot.com/2011_01_01_archive.html

Saya menerbitkan disini artikel yang di tulis oleh Mohd Sharif Hidayatullah bin Sahperi bin Haji Abdul Mulok bin Ideham yang disiarkan di beberapa laman web dan blog serta dalam bentuk pdf. Bukan tujuan untuk bersengketa dengan beliau atau sesiapa tetapi bagi anda menilai siapa yang benar dalam hal ini. Justeru itu, saya menyeru penulis memohon maaf kepada seluruh ahli Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia, ahli Pertubuhan Seni Silat Lintau Malaysia, ahli2 Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan (dahulu Pasir Puteh) dan kepada SEMUA warga Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Pulanglah ke pangkal jalan dan bertaubatlah. Semuanya sudah terbongkar kini…

SEJARAH SILAT LINTAU 1

Oleh: Mohd Sharif Hidayatullah bin Sahperi
Ipoh, Perak.

KRONOLOGI LINTAU

· 1662 : TENGKU NANRINCI DILAHIRKAN. DARI KAWASAN PAGAR RUYUNG@ NAUNGAN PEPATIH NAN SEBATANG, KAMPUNG LINTAU.

FAKTA YANG SEBENAR IALAH: Tuanku Nan Renceh berasal dari Kamang Ilia, Luhak Agam dan BUKANNYA seperti yang dinyatakan diatas dan dilahirkan pada separuh kedua tahun 1770-an. Di masa remaja Tuanku Nan Renceh, di darek (pedalaman Minangkabau) muncul seorang lama berpengaruh, yaitu Tuanku Nan Tuo di Koto Tuo, Ampat Angkat. Banyak orang belajar agama kepadanya, yang datang dari berbagai nagari di Minangkabau, termasuk pemuda (Tuanku) Nan Renceh. Tuanku Nan Renceh juga belajar agama Islam ke Ulakan.

· 1671 : BERUMUR 9 TAHUN BELAJAR AGAMA DI BUKIT MERAPI, SUMATERA.

· 1680 : BERUMUR 18 TAHUN TAMAT BELAJAR AGAMA DAN MENGETUAI ANGKATAN TENTERA MENYERANG PANGLIMA GAJAH PUTIH DAN MENJATUHKAN KERAJAAN MAJAPAHIT.(SETELAH MEMENANGI PERTANDINGAN KEPAHLAWANAN)

FAKTA YANG SEBENAR IALAH: Kerajaan Majapahit jatuh sebelum tahun 1600. Mana mungkin Tuanku Nan Renceh mengetuai angkatan tentera menyerang Panglima Gajah Putih dan Menjatuhkan Kerajaan Majapahit?

· 1683 : BELIAU DI LANTIK SEBAGAI KETUA BAGI KUMPULANYA DENGAN GELARAN :

1) (KETUA)TENGKU NANRINCI SEBAGAI BENDAHARA SAKTI.(PENGASAS SILAT LINTAU)

FAKTA YANG SEBENAR IALAH: Tuanku nan Renceh orang Kamang, mana mungkin menjadi pengasas Silat Lintau? Bukan sahaja daerahnya lain malah Kabupatennya juga tidak sama.

2)TENGKU NAN PUTIH SEBAGAI BAGINDA GARANG(PENGASAS SILAT SENDENG)

FAKTA YANG SEBENAR IALAH: Silat Sendeng BUKAN diasaskan oleh Tuanku Nan Renceh. Tuanku Nan Renceh adalah orang Kamang maka silatnya ialah Silat Kumango.

3)TENGKU MALIM SEBAGAI DATUK SETIA RAJA.(PENGASAS SILAT TERALAK)

FAKTA YANG SEBENAR IALAH: Silat Teralak diasaskan oleh Ulud Bagindo Chatib1865. Mengatakan Silat Terlak diasaskan oleh TNR menimbulkan kemarahan bagi mereka yang mengetahui sejarah Teralak.

4)TENGKU RAJA INDAH SEBAGAI DATUK PANGLIMA KAYA.(PENGASAS SILAT SELAYANG)

KALAU AKU TANYA MAMAT NI MANA RUPANYA SILAT SELAYANG RASANYA TAK DAPAT NAK TUNJUKKAN… BUKAN ITU SAJA… KALAU DIA TUNJUK PUN GERENTI IANYA REKAAN DIA SENDIRI… UDAH-UDAH LE TU MEMBOHONGNYA… SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG LAMA2 MENCURI…

· 1699 :TUANKU NANRINCI BERKAHWIN
· 1683 : LAHIR BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SYAH.
· 1685 : LAHIR BAGINDA TENGKU SANI.
· 1688 : LAHIR BAGINDA TENGKU SAID ALI.(MENINGGAL DUNIA DI PATTANI KETIKA MENCARI BAGINDA ZAHARUDDIN PADA -1724)

· 1690 : LAHIR ANAK PEREMPUAN TUNGGAL IAITU BAGINDA TENGKU DANG WANGI

FAKTA DI BAWAH INI KESEMUANYA DISANGGAH DAN HANYALAH REKAAN SEMATA2.

KAMI ADA BUKTI YANG SAH DARI PIHAK KERAJAAN REPUBLIK INDONESIA.

· 1693 : BAGINDA ZAHARUDDIN BELAJAR AGAMA DI BUKIT MERAPI DAN DITURUTI OLEH ADIK-ADIKNYA DAN MENDAPAT GELARAN SYEIKH BONDU KADIUNG DI SEKITAR KEPULAUAN SUMATERA.

· 1707 : BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN BERKAHWIN

· 1720 : BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SAMPAI DI MELAKA DALAM PERJALANAN UNTUK KE MEKAH DENGAN SAHABAT SERTA SAUDARA-MARANYA.(KETIKA BERUMUR 37 TAHUN)

· 1721 : BERTEMU DENGAN ORANG KAYA KULUB(ORANG KAYA BAUK)YANG DILANTIK OLEH SULTAN SULAIMAN DAIK YANG MEMERINTAH DARI KUALA KESANG(KINI TANJUNG EMAS SEHINGGA SUNGAI SARANG BUAYA)MEMINTA BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN MENGHAPUSKAN LANUN-LANUN DI SELAT MELAKA.BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN DAN ROMBONGANYA BERSETUJU DAN BERLAYAR SINGGAH DI PULAU KUNDUR(KINI PULAU SIALU),DIANTARA MUAR DAN BATU PAHAT.BERJUMPA DENGAN KELUARGA HAJI MOHD SALLEH B HUSSIN DAN ISTERINYA HAJAH NYONYA SERTA ANAK PEREMPUAN MEREKA IAITU HITAM MANIS UNTUK TINGGAL SEKETIKA WAKTU MENJALANKAN TUGAS MENENTANG LANUN TERSEBUT.KEBANYAKKAN PENDUDUK PULAU TERSEBUT BERASAL DARI PANTAI MELAKA.KINI YANG TINGGAL HANYA KELUARGA HAJI SALLEH SAHAJA KERANA YANG LAIN TELAH DI USIR OLEH LANUN TERSEBUT.SELAIN DARIPADA ITU BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN MEMBUKA KELAS AGAMA DI DAERAH MUAR DENGAN DIBANTU OLEH SAUDARA DAN SAHABATNYA.

· 1722 : BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN SYAH BERKAHWIN DENGAN HITAM MANIS(ANAK TOK ALIM IAITU HAJI SALLEH)UNTUK MENJAGA KESELAMATAN MEREKA SEKELUARGA SERTA PULAU KUNDUR(PULAU SIALU SEKARANG INI)TETAPI TIDAK DIKURNIAKAN CAHAYA MATA..

· 1723 : LANUN-LANUN BERJAYA DIHAPUSKAN DENGAN BANTUAN PENDUDUK SETEMPAT YANG TELAH MEMPELAJARI SILAT LINTAU DARI BAGINDA.

· 1724 : BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SYAH PERGI MEMANCING DENGAN DUA ORANG SAHABATNYA TANPA MEMBAWA SENJATA.SAKI BAKI LANUN TELAH MENYERANG BELIAU TETAPI GAGAL MENGALAHKANYA LALU LANUN TERSEBUT MEMECAHKAN PERAHU KECIL BELIAU DENGAN MEMBALING TOMBAK HINGGA PERAHUNYA PECAH.RIBUT DATANG PULA PADA WAKTU ITU DAN BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN SYAH TELAH HANYUT DAN LEMAS MANAKALA SEORANG SAHABATNYA SEMPAT BERPAUT PADA SERPIHAN SAMPAN TERSEBUT DAN SAMPAI DI PERSISIRAN PANTAI MUAR.BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN SYAH MENINGGAL DUNIA KETIKA BERUMUR 41 TAHUN.MAYAT BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SYAH HANYUT DI PANTAI BERHAMPIRAN KAMPUNG PARIT SAKAI LAUT MUAR DAN TERSANGKUT PADA AKAR POKOK TUAK (BUAT GASING MELAYU).MAYAT BELIAU TIDAK BUSUK DAN ORANG KAMPUNG DAN MENGENALINYA SEBAGAI LIDAH HITAM. KERANA LIDAHNYA BERWARNA HITAM DAN DIKEBUMIKAN DI KAMPUNG TERSEBUT.PADA MALAM SELEPAS DIKEBUMIKAN MAYAT BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SYAH MAKA KEDENGARAN BUNYI 7 KALI TEMBAKAN MERIAM DARIPADA MAKAM BELIAU DAN BATU NISAN DI MAKAM TERSEBUT TELAH BERTUKAR MENJADI SEPERTI LIDAH BERWARNA HITAM DAN PENDUDUK DI KAMPUNG TERSEBUT MEMANGGILNYA KERAMAT LIDAH HITAM.(PENGASAS SENI SILAT LINTAU MALAYSIA).BERITA KEMATIAN TENGKU ZAHARUDDIN SYAH TELAH DIKETAHUI OLEH TUANKU NANRINCI LALU MENYURUH TUANKU BAGINDA SAID ALI MENCARI DIMANA MAKAM KEKANDA BELIAU DI PATTANI DAN MENIGGAL DUNIA.

Terlalu banyak fakta yang salah yang diutarakan oleh penulis Mohd Sharif Hidayatullah bin Sahperi. Saya akan menyiarkan SEJARAH TUANKU NAN RENCEH YANG SEBENARNYA.

Manakala sejarah Baginda Zahiruddin tidak dapat disahkan oleh mana-mana pihak

Sumber: http://lintauartstudio.blogspot.com/2011_01_01_archive.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s